Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim
Hai ^^ Nani terjumpa satu contest berbentuk muslimah! Nani rasa teruja sangat nak join Contest ni... Kalau Nani tak menang pon, Nani tak kisah(walaupun sebenarnya kisah), sebab ada manfaat lain join contest ni selain dapat menang. Iaitu, kita dapat peroleh banyak ilmu yang kita tak tahu selama ni. Kan? Korang nak join, silalah klik banner bawah ni yer!
Hai ^^ Nani terjumpa satu contest berbentuk muslimah! Nani rasa teruja sangat nak join Contest ni... Kalau Nani tak menang pon, Nani tak kisah(walaupun sebenarnya kisah), sebab ada manfaat lain join contest ni selain dapat menang. Iaitu, kita dapat peroleh banyak ilmu yang kita tak tahu selama ni. Kan? Korang nak join, silalah klik banner bawah ni yer!
Just click the banner
Ok, itu syarat2 nye!
1. Sudah
2. Sudah
3. Ok, tag Nabila Medan, Abazilah, Cik May (nanti saya bagi tahu mereka)
4. Ok, (id fb : Hanis Mohamad, like setakat yang ada pd 14/9) (id fb : Ha Ni, insyaAllah dah like semua setakat yang ada pada 27/9)
5. Oh, Syarat dah diubah yer.. Kena pilih hadiah yang korang nak sahaja. Sebelum ni, kena listkan semua hadiah. Ok, insyaAllah kalau Nani ada rezeki menang, Nani nak hadiah ni ;
x1 Long Sleeve lycra maxi dress ( Soft Purple )
x2 shawl plain
x2 Templete
kena listkan berapa banyak?! Adakah terlalu banyak keinginan aku?! Tolonglah aku kalau ada kesilapan. Syukran ya.
p/s : Hadiah dia menarik kan ^^! Menipu kalau korang kata TAK. hehe~
6. Doodle bercirikan muslimah! Ni dia :
sumber : Deviantart
Jadilah muslimah yang pandai. Pandai membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
7.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Ciri-ciri muslimah sejati adalah mereka ini akan menghiasi peribadinya dengan budi pekerti yg luhur dan keimanan yg murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yg halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikkan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat kelak (insyaAllah).Muslimah sejati adalah terdiri daripada orang yg lemah lembut, manis akhlaknya dan penuh kasih sayang terhadap Tuhan, keluarga dan masyarakat.sentiasa memelihara kehormatan diri keluarganya.
Fikirkanlah alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yg berpegang teguh dgn ajaran kesucian (Islam) dan menghiasi bibirnya dgn perkataan yg mulia serta berzikir. Muslimah solehah juga bercirikan hati yg tunduk dan patuh dgn perintah Allah. Menjalankan kewajiban insani sesuai dgn ketentuan Ilahi. Muslimah sejati bagaikan bunga yg mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman .
Ciri-ciri wanita muslimah :
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
(sumber ayat-ayat yang indah di atas dari Facebook. ^^)
Ini daripada aku sendiri..
Adalah melebih pandangan Nani?Bagi Nani, ciri-ciri muslimah sejati adalah.. wanita yang melalukan 5 rukun islam dan beriman dengan 6 rukun iman. Wanita yang bertakwa yakni meninggalkan segala larangan Allah dan mengerjakan suruhan-Nya.
p/s : aku masih manusia biasa. Yang banyak kekurangannya. Yang masih jahil dalam agama Allah. Sebab itulah banyak yang aku cari dan copy paste di sini.
p/s : Ni untuk korang semua ;
Assalamualaikum.
Last updated : 27/09/2011
Last updated : 27/09/2011
8 senyuman manis ^^:
thanx tag cik may..gud luck tau.. =)
tq join dear ;) aduhai, suka nya sy baca coretan awk ;) moga2 brjaya eh~
thanx tag
saya pun join...suka baca entry2 kawan2 semua...gud luck...
http://dhiradeena.blogspot.com/2011/09/contest-im-proud-to-be-muslimah.html
comell kartun nyerr! isi pon! gud luck k, sy pon join gak dis contest ^^
@NADHIRAH NOR ZELAN
hehe~ nanti kalau ada peluang Nani nak marathon jer semua entry kwn2 sume.. baca semua tros.. skang tak leh.. busy ckit..
@~gaDiS hiJrah~
thanks ^^ good luck gak untuk kamoo.. moga2 masing2 ada rezeki..Amin!
Post a Comment